Di atas permintaan seseorang, saya tunjukkan beberapa keperluan dan peralatan asas yang diperlukan untuk niaga ice blended.
Lokasi - perkara ini amat penting bagi memastikan potensi keuntungan anda. Tak perlu sewa kedai, jika anda baru hendak berjinak - jinak niaga ice blended. Mulakan dari depan rumah sahaja.
Kiosk - Jika anda tida mengambil dari francais, tak perlu lah sangat nak cari stall/kiosk yang cantik-cantik. Cari je meja banquet yang kat Tesco RM49.90, dah kira ok. Janji bole letak barang-barang atas meja. Tapi nak senang, boleh je ambil francais atau beli pakej.
Blender - Blender ice blended kena cari yang bermata gerigi. Contoh seperti di bawah :
Atau jika anda peniaga tegar boleh pilih blender yang heavy duty.
Bekas isi serbuk ice blended / Alat sukatan / Bekas Air
Bekas isian serbuk ice blended boleh cari mana-mana bekas yang kedap udara.
Untuk alat sukatan serbuk ice blended boleh guna scoop macam gambar di bawah. Jika takde, cari alat sukatan yang terdapat di kedai bahan kek, yang boleh sukat lebih kurang 40gm. 1kg serbuk ice blended boleh dapat lebih kurang 25 - 26 cup ice blended untuk 12oz nyer.
Scoop - Alat sukatan serbuk ice blended
Cool Box
Cool box ini kebiasaan digunakan untuk menyimpan ais. Akan tetapi, jika anda ingin mengurangkan kos, anda boleh menggunakan termos yang biasanya orang guna untuk menyimpan nasi di kedai makan. Lebih murah, dan jimat
Hiasan pada ice blended (Coklat rice, coklat syrup dan lain - lain lagi)
Coklat Rice
Whipping Cream ( 1 botol - RM 11.90 - 12.90)
Cup ( 9 oz / 12 0z ) beserta dome dan straw
Bekalan Elektrik / Generator
Bunting atau banner sebagai promosi
Diharapkan penerangan di atas sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda yang ingin menjadikan perniagaan serbuk ice blended secara duit sampingan dan tambahan.
Moga-moga, kita sama-sama dimurahkan rezeki. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi saya 017 2023477. Konsultasi percuma.
No comments:
Post a Comment